Resit bayaran yang dimuat naik menerusi Facebook oleh seorang pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tidak munasabah ketika makan di sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini.
|
LANGKAWI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada seorang pengusaha restoran terapung di sini berhubung dakwaan mengenakan harga makanan tinggi kepada pelanggannya.
Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK Kedah, Ariffin Muslim berkata, notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai kementerian cawangan Langkawi di premis berkenaan pada Sabtu lalu.
“Di bawah notis itu, pengusaha restoran diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan terhadap harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman yang dijual di premisnya,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3uWbcdCXo
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment