Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Penduduk halau pelombong bauksit



JENTERA pengorek yang didakwa mahu digunakan untuk perlombongan bauksit terpaksa dibawa keluar selepas diusir penduduk Indera Mahkota, Kuantan semalam.


KUANTAN – Lebih 100 penduduk Indera Mahkota 15 di sini bertindak nekad mengusir sekumpulan lelaki dipercayai pelombong bauksit haram yang cuba membawa dua buah jentera pengorek ke kawasan perumahan mereka semalam.
Penduduk kawasan Taman Mutiara Mahkota, Taman Mahkota Permai 2 dan Taman Kota Ria Indera Mahkota itu sepakat memberi kata dua kepada pemandu jentera dan wakil syarikat lombong bauksit itu yang akhirnya akur beredar dari kawasan berkenaan.
Pengerusi Surau Ar-Rayyan, Ahmad Tarmizi Mat Rani berkata, wakil syarikat berkenaan mendakwa, jentera berkenaan dibawa masuk untuk membuka projek tanaman pokok kantan di kawasan terbabit.
Katanya, namun rata-rata penduduk tidak mempercayai cerita kumpulan tersebut kerana kawasan yang dimaksudkan adalah rendah dan sering dinaiki air.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3vNeu60hT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment