Pasukan penyiasat Mesir menjalankan siasatan di lokasi nahas sebuah pesawat penumpang Metrojet milik Rusia di Semenanjung Sinai yang mengorbankan kesemua 224 penumpang dan anak kapal pada 31 Oktober lalu. Agensi
KAHERAH 14 Dis. – Laporan awal pihak berkuasa Mesir berhubung insiden sebuah pesawat penumpang Rusia yang terhempas di Semenanjung Sinai pada 31 Oktober lalu, menunjukkan tiada unsur-unsur keganasan atau perbuatan jenayah yang dikaitkan dengan kejadian itu.
Laporan yang disiarkan oleh Kementerian Penerbangan Awam Mesir tersebut, sekali gus menolak teori pesawat Metrojet itu terhempas akibat letupan bom yang diseludup masuk oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) seperti yang didakwa oleh Rusia dan pihak Barat.
Kementerian itu melalui satu kenyataan menjelaskan bahawa pihaknya telah melengkapkan laporan awal berhubung nahas yang mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus 321 ketika dalam penerbangan dari pusat peranginan Sharm al-Sheikh di Sinai ke Saint Petersburg, Rusia.
“Jawatankuasa siasatan teknikal tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan tindakan jenayah atau unsur keganasan dalam nahas tersebut,” jelas kenyataan terbabit.
Insiden itu menjejaskan industri pelancongan Mesir, satu daripada sektor penting ekonomi bagi negara ini. – REUTERS
No comments:
Post a Comment