Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

MBAS siasat pokok tumbang




ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) masih mengenal pasti sama ada pokok gelam yang tumbang secara tiba-tiba sehingga mengorbankan dua beradik di Jalan Gunung Keriang di sini kelmarin berada di bawah sele­ngaraannya.
Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, kakitangan dari Bahagian Lands­kap telah diarah menyiasat perkara itu.
“Siasatan awal mendapati terdapat kesan terbakar pada bahagian pangkal pokok berkenaan dipercayai akibat pembakaran sampah atau panahan petir.
“Bagaimanapun, perkara itu masih dalam siasatan dan saya berharap semua pihak termasuk ahli keluarga bersabar sehingga siasatan dijalankan selesai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambah Mat Noh, berdasarkan rekod awal, MBAS tidak pernah menanam pokok gelam sebagai pokok hia­san di bawah kawasan pentadbirannya.
“Lazimnya pokok-pokok hia­san yang dita­nam oleh MBAS terdiri daripada jenis tekoma, kanji laut dan pokok sena.
“Kemungkinan pokok gelam itu merupakan pokok liar dan sebab itu kita harus siasat terlebih dahulu,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3uWbRqkpJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment