Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

Masjid sengaja dibakar


Perbuatan khianat rosakkan rumah ibadat di Houston
28 Disember 2015 12:14 AM



Anggota bomba menyiasat punca kebakaran Masjid Houston di Texas, Jumaat lalu. AGENSI

HOUSTON, Texas 27 Dis. - Sehari selepas pendedahan sebuah masjid di Perancis dirosakkan oleh sekumpulan penunjuk perasaan dan al-Quran dibakar, sebuah masjid di Amerika Syarikat (AS) pula dibakar, dalam insiden yang dipercayai pihak berkuasa AS sebagai satu perbuatan khianat.
Kebakaran di Pusat Islam Houston kira-kira pukul 2.45 petang kelmarin mengakibatkan kerosakan besar kepada bangunan berkenaan di tengah-tengah gelombang Islamofobia di AS berikutan tragedi berdarah di Paris dan California, baru-baru ini.
Namun, tidak ada individu yang cedera dalam kejadian tersebut meskipun terdapat kira-kira 200 orang di dalam masjid itu kira-kira sejam sebelum kebakaran berlaku.
Ejen Khas dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api, dan Letupan (ATF) AS, Nicole Strong berkata, kesan kebakaran menunjukkan penggunaan bahan yang dipercayai memarakkan api.
“Jabatan Bomba Houston ketika ini sedang membuat siasatan dengan bantuan ATF. Mereka sedang mengumpul video dan pelbagai bukti lain,’’ kata Strong.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif bagi Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR), Mustafaa Carroll meminta pihak berkuasa supaya menyiasat kejadian ber­kenaan memandangkan peningkatan perbuatan khianat terhadap masjid mengakibatkan jenayah kebencian.
“Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat kemungkinan motif berat sebelah yang mengakibatkan kebakaran ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Dramane Diallo yang bertanggungjawab membuka pusat ibadah itu untuk tujuan solat pada waktu pagi memberitahu, pusat berkenaan tidak mempunyai dapur atau kelengkapan yang boleh mengakibatkan litar pintas.
“Sukar dipercayai kebakaran ini merupakan satu kemalangan,’’ katanya.
Selain masjid di Houston, sebuah masjid di Coachella, California rosak teruk dalam kebakaran yang disengajakan pada 11 Disember lalu, selain pencabulan masjid turut dilaporkan berlaku di Arizona, dan Georgia. – AP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-sengaja-dibakar-1.173508#sthash.NPPS8CWj.dpuf

No comments:

Post a Comment