ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 100 maut dalam letupan di sebuah kilang gas industri di tenggara Nigeria, kelmarin.
Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori tangki gas meletup secara tiba-tiba ketika kerja pemunggahan gas memasak butana sedang dilakukan di kilang Chikason Group Gas di bandar Nnwei, Anambra.
"Orang awam yang sedang beratur untuk mengisi gas memasak turut terbunuh dalam insiden dan mangsa cedera telah dihantar ke hospital berhampiran," menurut saksi, Emeka Peters.
Difahamkan, letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar yang berlarutan selama beberapa jam.
Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana proses pengecaman sukar dilakukan berikutan kebanyakan mayat rentung sepenuhnya. - Press T
V