Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Lelaki maut tembak mulut sendiri


JOHOR BAHRU – Enggan menyerah diri apabila dikepung anggota polis, seorang lelaki bertindak membunuh diri dengan melepaskan tembakan pada mulut di hadapan sebuah restoran di Jalan Desa Kempas 1, Bukit Kempas di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek yang berusia lingkungan 40-an itu bersenjatakan pump gun dipercayai cuba untuk melakukan kegiatan samun di kawasan sekitar kawasan berkenaan.
Menurutnya, sebelum kejadian, dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan menggunakan kereta peronda terserempak dengan lelaki berkenaan sebelum meminta bantuan daripada anggota polis yang lain.
“Empat buah kereta peronda bersama sepasukan anggota polis kemudian tiba tidak lama kemudian dan bertindak mengepung suspek sebelum mengarahkan lelaki itu menyerahkan diri, namun dia enggan berbuat demikian.
“Suspek seterusnya bertindak luar kawalan apabila melepaskan tembakan ke arah diri sendiri menyebabkan dia mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3vNfQ6FBC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment