Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Kelantan haramkan jualan vape



kelantan merupakan negeri kedua selepas Johor yang mengambil langkah mengharamkan penjualan vape bermula Januari 2016. – Gambar hiasan


KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan memberi tempoh selama 14 hari mulai semalam terhadap peniaga untuk menghentikan segala akti­viti penjualan vape sebelum tindakan tegas diambil pada 1 Januari de­pan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar kecil) berkata, kerajaan negeri semalam mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen penjualan vape yang dibuat pada Majlis Me­syuarat Kerajaan Negeri awal bulan ini.
“Berikutan keputusan itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga terlibat untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini (semalam).
“Kerajaan negeri akan ambil tindakan termasuk menyita peralatan menghisap vape jika masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual vape selepas 1 Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3uWbpBTeY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment