Search This Blog

Sunday, December 6, 2015

Kanak-kanak Sudan Selatan pulih dari kebuluran


05 Disember 2015 1:16 AM



Keadaan memilukan Njamie Guet yang berusia empat tahun ketika dibawa ke klinik pada 12 Oktober lalu selepas mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk. AGENSI
Saved in South Sudan
Njamie Guet kembali pulih selepas mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk ekoran krisis kebuluran di Sudan Selatan yang berpunca akibat perang saudara sejak 2013. AGENSI 
JUBA 4 Dis. – Kira-kira dua bulan lalu, Nyajime Guet, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikejarkan ke sebuah klinik di Sudan Selatan untuk dirawat kerana terlalu lemah dan tidak mampu duduk atau berdiri akibat kebuluran.
Malah pada ketika itu, tubuh Guet sangat kurus sehinggakan beratnya hanya sembilan kilogram dan kakinya selebar kira-kira duit syiling 50 sen, sekali gus berada di ambang maut kerana kekurangan zat makanan.
Namun selepas hampir dua bulan menjalani rawatan, Guet diibaratkan “mati hidup semula” apabila menunjukkan semangat luar biasa untuk pulih dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Bapanya, Michael Wieu mengakui, keluarga tidak mempunyai makanan yang cukup dan tidak mampu memberi makanan yang berkhasiat kepada anak perempuannya itu, menyebabkan keadaan kesihatan Guet bertambah buruk.
“Saya membawa Guet ke klinik pada 12 Oktober lalu untuk mendapatkan rawatan dan dia tidak mampu bergerak, berjalan atau duduk kerana badannya yang terlalu lemah.
“Tetapi selepas lima hari, keadaan kesihatan Guet semakin pulih terutamanya dia mampu duduk tanpa dibantu dan boleh tersenyum,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Guet merupakan antara mangsa kebuluran di Sudan Selatan ekoran perang saudara yang tercetus di negara itu sejak 2013 selepas kumpulan pemberontak mengisy-tiharkan perang terhadap kerajaan.
Wakil Yayasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di negara terbabit, Jonathan Veitch menyifatkan kes Guet merupakan contoh masalah kebuluran yang teruk berlaku di Sudan Selatan akibat perang saudara.
“Jumlah kanak-kanak yang menderita akibat kekurangan zat makanan meningkat lebih dua kali ganda sejak 2013.
“Kira-kira 3.9 juta penduduk terjejas akibat kebuluran dan 30,000 daripadanya berisiko untuk meninggal dunia kerana kelaparan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-sudan-selatan-pulih-dari-kebuluran-1.165722#sthash.rZN4FsJj.dpuf

No comments:

Post a Comment