Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Jutawan Arab Saudi rugi RM1.8j



Mohamad ROY (dua dari kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas polis selepas menumpaskan sindiket penipuan didalangi warga Nigeria pada sidang akhbar di IPD Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan didalangi warga Nigeria yang dipercayai memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea hingga menyebabkan seorang ahli perniagaan berstatus jutawan dari Arab Saudi kerugian RM1.8 juta.
Lelaki yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan, namun ditipu sindiket terbabit apabila memasukkan wang ke dalam akaun sindiket tersebut.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pada September lalu, suspek dipercayai menyamar sebagai jurujual jentera pembinaan tersebut de­ngan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan Arab Saudi itu melakukan bayaran bagi jentera yang dipesan.
Menurutnya, mangsa telah berurus niaga de­ngan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu, namun tidak pernah menghadapi sebarang masalah.
“Mangsa bagaimanapun menyedari telah ditipu apabila jentera yang dibeli tidak diterima dan bertindak berjumpa dengan penjual tersebut di Korea sebelum dimaklumkan syarikat berkenaan tidak pernah menerima sebarang bayaran.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3uWbKnPYA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment