Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

Islamofobia di Perancis merebak


Al-Quran, buku-buku doa di masjid Corsica dibakar
27 Disember 2015 12:20 AM


ruang solat di sebuah masjid di kepulauan Corsica dirosakkan dan buku-buku doa dan al-Quran dibakar selepas penunjuk perasaan memecah masuk ke dalam bangunan itu kelmarin. AFP

AJACCIO, Perancis 26 Dis. - Islamofobia di Perancis dilihat semakin merebak apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak memecah masuk ruang solat di sebuah masjid di kepulauan milik Perancis yang terletak di Laut Mediterranean, Corsica, semalam dan membakar al-Quran yang terdapat di dalam bangunan itu.
Pihak berkuasa berkata, ke-tegangan di Ajaccio berlaku selepas dua anggota bomba dan seorang pegawai polis cedera akibat di­serang oleh beberapa orang pemuda di kawasan perumahan penduduk berpendapatan rendah di Jardins de L’Empereur, kelmarin.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 150 orang penduduk berkumpul di hadapan ibu pejabat polis semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap anggota bomba dan polis yang di­serang.
Bagaimanapun, beberapa orang daripada kumpulan penduduk ber-kenaan kemudian menyertai kira-kira 600 penunjuk perasaan yang menuju ke Jardins de L’Empereur, lokasi kejadian keganasan malam sebelumnya.
“Kumpulan berkenaan menjerit slogan dalam bahasa Corsican yang bermaksud Arab sila keluar! atau Ini adalah rumah kami!,” lapor wa­kil AFP.
Pegawai wilayah, Francois La­lanne berkata, berhampiran kawasan perumahan tersebut terdapat sebuah masjid dan kumpulan kecil penunjuk perasaan bertindak memecahkan tingkap dan mema-suki rumah ibadat itu lalu menggeledah dan membakar buku-buku termasuk al-Quran.
“Sebanyak 50 buah buku doa turut dibuang ke jalan raya.
“Polis dilihat masih lagi berkawal di kawasan perumahan berkenaan sepanjang malam semalam, dengan pasukan keselamatan turut dilihat ditempatkan di lima buah masjid di Ajaccio,” kata Lalanne.
Channel News Asia memetik kenyataan Perdana Menteri Pe-rancis, Manuel Valls dalam akaun Twitternya berkata, kejadian yang berlaku di Ajaccio sebagai ‘satu pencemaran yang tidak boleh di-terima’.
Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, serangan itu menunjukkan tanda-tanda perkauman dan xeonofobia (ketakutan terhadap orang asing). – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/islamofobia-di-perancis-merebak-1.173241#sthash.Vzq8k6eH.dpuf

No comments:

Post a Comment