Angka kematian itu berpunca akibat dua gelombang banjir yang melanda sebahagian besar bandar keempat terbesar di India sejak 1 November lalu.
"Apa yang berlaku di Chennai adalah hasil daripada apa yang berlaku 150 tahun dulu di negara maju.
"Perkara itu mengakibatkan peningkatan suhu sebanyak 0.8 darjah Celsius. Oleh itu, mereka (negara maju) perlu mengambil lebih banyak tindakan untuk (membendung keadaan ini),’’ kata Javadekar kepada akhbar Hindu.
Javadekar dijadualkan menghadiri persidangan perubahan iklim di Paris, hari ini.
Rundingan di Perancis dijangka mensasarkan untuk mencapai satu persetujuan baharu iklim global.
Perunding dilapor berbalah berhubung wang untuk pembangunan dan negara untuk menyesuaikan diri dengan pemanasan global dan menghadkan pengeluaran karbon.
Pakar iklim berkata, India merupakan antara negara yang terdedah kepada perubahan iklim dengan kekerapan taufan, musim kemarau dan banjir. – DPA