Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Ibu ugut lemaskan anak malas belajar


AGENSI - SOROTAN video menunjukkan budak perempuan itu ditarik ke tebing selepas direndam di dalam sungai.


CHAOZHOU – Jika seorang anak malas belajar, sesetengah ibu bapa mungkin tidak membenarkan dia bermain atau merampas telefon pintarnya sebagai hukuman. Namun, seorang budak hampir dicampak ke dalam sungai yang mengalir deras semata-mata kerana markahnya kurang baik.
Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu di sini, dalam wilayah Guangdong, selatan China.
Wanita itu mengugut untuk melemaskan anak perempuannya sambil membiarkan dia berjuntai di sebatang sungai.
Rakaman peristiwa itu tersebar di internet di China baru-baru ini, lapor laman berita Huanqiu.com.
Seorang saksi bernama Wei berkata, ibu budak perempuan itu memberitahu orang ramai yang berada di lokasi tersebut bahawa anak perempuannya mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia cuba mendidiknya. Justeru, pada hari kejadian, dia ingin memberi pengajaran kepada budak itu.
Klip video berdurasi 60 saat itu menunjukkan si ibu yang memakai baju merah jambu mahu mencampakkan anak perempuannya ke dalam sungai sambil memegang tangannya. Dia dibantu oleh seorang lagi wanita yang berada bersama mereka.
Dia kemudian menggoncang kanak-kanak itu sambil menjerit. Wanita itu menarik anaknya naik ke tebing sungai selepas kira-kira 20 saat sebelum mengulangi perbuatan tersebut.
Tidak lama selepas itu, ketiga-tiganya beredar dari tempat itu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3uWaYkKfB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment