Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Guru Matematik ditemui lemas



ANGGOTA pasukan penyelamat berusaha membawa naik mayat Zainal Abidin yang ditemui lemas di Sungai Bidor, Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN – Seorang guru Matematik ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika pergi memancing bersama rakannya di Sungai Bidor, Batu 6, Changkat Jong dekat sini semalam.
Mayat Zainal Abidin Abu Yamin, 52, yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Horley Methodist di sini ditemui kira-kira pukul 4.10 petang selepas dikatakan terjatuh daripada bot yang dipandunya sendiri dalam perjalanan balik ke jeti kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahya Hassan Zain berkata, mangsa dijumpai dalam jarak 500 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.
“Siasatan yang dijalankan mendapati, mangsa dipercayai bersama-sama rakannya yang merupakan anggota polis, Sarjan Azmi Jantan ke kawasan Sungai Bidor untuk memancing dengan menaiki bot kecil kira-kira empat meter secara bera­singan.
“Semasa hendak pulang, Azmi mendapati bot rakannya tiada di belakang dan apabila berpatah balik kira-kira lima minit kemudian, dia hanya menemui bot manakala mangsa telah tiada dan dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Bidor,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3vNf0bBAK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment