Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

Gempa bumi kuat landa Afghanistan

Kabul: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah di sempadan Afghanistan dan Pakistan pada lewat kelmarin menyebabkan ratusan rumah rosak dan berpuluh-puluh penduduk cedera.
Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, pusat gempa dikesan di wilayah pergunungan Hindu Kush pada kedalaman 203.5 kilometer.
Gegaran kuat menyebabkan bangunan bergegar dan penduduk yang ketakutan tidur di luar rumah walaupun cuaca sejuk.
Pusat gempa terletak di daerah Badakhshan di Afghanistan yang berhampiran dengan sempadan Pakistan dan Tajikistan.
Gegaran dilaporkan turut dirasai hingga ke New Delhi, India.
Seorang wanita mengandung dilaporkan maut selepas kediamannya ditimpa runtuhan batu di Peshawar, Pakistan dan puluhan lagi dilaporkan cedera.
Laporan awal memberitahu sekurangnya 45 rumah musnah di Badakhshan dan 12 penduduk cedera di wilayah Nangarhar, Afghanistan.
Pada Oktober lalu, satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah sama menyebabkan 400 penduduk maut.
Ramai penduduk Pakistan masih tidak dapat melupakan tragedi gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pada 2005 yang menyebabkan lebih 75,000 penduduk maut. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:05 AM


SEORANG penduduk di Peshawar, Pakistan memeriksa dinding rumahnya yang runtuh akibat gempa bumi kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102725#sthash.IRBy5boG.dpuf

No comments:

Post a Comment