Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Empat rentung di atas jambatan


BEGINILAH keadaan kenderaan yang hangus serta mengorbankan empat nyawa dalam nahas di Kilometer 63.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam.


KOTA TINGGI – Empat orang termasuk tiga sekeluarga warga Singapura maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbakar di atas jambatan Sungai Dohol, Kilometer 63.5, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu membabitkan sebuah Land Rover bernombor pendaftaran Singapura dan sebuah Toyota Corolla de­ngan nombor pendaftaran tempatan.
Rahmat berkata, tragedi ketika cuti Hari Krismas itu menyebabkan pemandu Toyota Corolla, Noor Haryanti Safiai, 30, serta tiga warga Singapura iaitu Barbanas Lim Ah Huat, 45, yang memandu Land Rover tersebut, Ng Khai Leng, 39, dan Rayshon Barnabas Lim, 7 ren­tung di tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi anak Ah Huat yang berusia empat tahun iaitu Evan Barnabas Lim dapat diselamatkan orang awam.
Rahmat berkata, kemala­ngan dipercayai berlaku apabila Land Rover dari arah Johor Bahru itu hilang kawalan dan telah melanggar tembok sebelah kiri jambatan lalu terbabas ke jalan bertentangan sebelum merempuh kenderaan Toyota Corolla yang datang dari arah bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3vNeeslFc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment