Search This Blog

Wednesday, December 2, 2015

Doktor muda maut nahas



Keadaan kereta seorang doktor yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Temerloh semalam


TEMERLOH – Seorang doktor muda yang sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dekat sini maut selepas kereta jenis Hyundai Elantra yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Temerloh di sini semalam.
Ketua Polis Da­erah Temerloh, Asisten Ko­misioner Anuar Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu turut mencederakan adik mangsa yang menaiki kenderaan sama.
“Kereta yang dipandu Loh Min Xin, 27, datang dari arah Jerantut hilang kawalan terhadap kenderaan yang dipandunya sewaktu melalui kawasan kejadian sebelum melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian bagaimanapun, adik mangsa yang merupakan seorang pegawai farmasi di hospital yang sama hanya mengalami kecederaan ringan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3t7MAMyS7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment