CHICAGO – Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel (gambar) cuba menyembunyikan klip video memaparkan anggota polis kulit putih, Jason Van Dyke menembak seorang remaja kulit hitam, Laquan McDonald, 17 sebanyak 16 kali daripada diketahui umum selama beberapa bulan.
Seminggu selepas rakaman itu didedahkan, Emanuel bertindak memecat ketua polis Chicago, Garry McCarthy, menubuhkan sebuah jawatan kuasa bertindak bagi mengawasi pasukan polis dan meluaskan penggunaan kamera badan dalam kalangan penguatkuasa undang-undang.
Emanuel dipercayai berusaha untuk menyembunyikan video itu daripada orang ramai sejak beberapa bulan lalu.
Ramai aktivis berang terutamanya selepas mereka mendapati klip video itu pertama kali timbul semasa Emanuel berkempen untuk bertanding bagi penggal kedua dan cuba memancing undi penduduk kulit hitam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3tDa2iRwD
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment