PASIR MAS - Seorang buruh ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Bunut Susu, di sini, awal pagi semalam.
Mayat lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun itu ditemui dalam bilik tidurnya oleh salah seorang ahli keluarga kira-kira jam 6 pagi.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan semula kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bukan itu sahaja, difahamkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kematian mangsa.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan polis mengenai kes berkenaan gagal.