Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Arwah mahu sambung pengajian di Ireland - Kembar

SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 9:21 AM

Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

MUHAMMAD Wafiy, kembar Allahyarham Muhammad Wafiq, menyiram air mawar di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, di sini, awal pagi tadi. - Foto NSTP


BATU PAHAT: Muhammad Wafiq Mohd Noor ,17, yang lemas dalam kejadian di Pantai Rhu Sepuluh, Kuala Terengganu, Isnin lalu berhasrat menyambung pengajian kedoktoran dan berdakwah di Ireland. Kembar mangsa, Muhammad Wafiy Mohd Noor, 17, berkata beliau berasa sebak mengenangkan hasrat kembarnya itu tidak tercapai. "Saya tidak menyangka yang kembar saya pergi dulu. Dialah rakan rapat saya, rakan suka duka saya selama ini daripada kecil kami sentiasa bersama dan tidak pernah berpisah. Saya sebak apabila ada dua cita-cita arwah yang sering disebut-sebutnya tidak kesampaian. "Allahyarham menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kedoktoran di Ireland dan mahu berdakwah di Eropah selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti," katanya selepas majlis pengebumian kembarnya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, dekat sini, jam 3.10 pagi tadi. Terdahulu, jenazah Muhammad Wafiq yang tiba pada jam 2.25 pagi dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu disambut oleh kira-kira 200 keluarga dan kenalan sebelum solat jenazah dilakukan. Mayat Muhammad Wafiq ditemui terdampar di pesisir pantai itu, kira-kira 75 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.05 tengah hari oleh orang awam semalam. Dalam kejadian yang sama seorang lagi rakan mangsa Ahmad Izad Shahruddin, 17, berjaya diselamatkan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/108378

No comments:

Post a Comment