MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT . Seorang bayi berusia dua tahun ditemui mati selepas ditinggalkan ibu dan bapanya untuk memproses dadah, Ahad lepas.
Menurut Dailymail, Lucas Russell Barnes, 25, dan Kathleen Peacock, 22, bakal didakwa atas tuduhan cuai dan memproses dadah jenih methamphetamine sehingga menyebabkan kematian Braydon Barnes.
Laporan autopsi mengatakan Braydon maut akibat hyperhermia dan suhu tinggi selepas ditinggalkan berhampiran dengan sebuah alat pemanas di rumah mereka di St Charles.
Selain itu, Braydon dilaporkan dalam keadaan sangat kurus dan tidak menjamah sebarang makanan selama dua hari sebelum ditemui mati.
Pendakwaraya, Tim Lohmar memberitahu mahkamah bahawa Brydon ditinggalkan pada Jumaat dan ditemui maut pada jam 11 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Ibu bapa Brydon disyaki memproses dadah dalam sebuah treler yang diubah menjadi makmal dadah ketika kejadian.
Pihak polis juga mendakwa keadaan rumah mangsa berada dalam keadaan tidak sesuai didiami kerana dipenuhi najis dan makanan basi.
Lucas dan Kathleen kini ditahan reman dan sedang menunggu perbicaraan.