Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan Op Noda itu bermula pada pukul 8.30 malam membabitkan restoran dan premis pusat hiburan berakhir kira-kira 5 jam kemudian.
Katanya, dalam serbuan tersebut pihaknya berjaya menahan 40 GRO dan tukang urut warga negara Vietnam (33), Thailand (4), Indonesia (2) serta Kemboja (1) yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.
“Selain itu, kami juga menahan 15 penjaga premis terdiri daripada lapan lelaki tempatan, seorang wanita serta enam lelaki warga Bangladesh.
“Siasatan awal mendapati premis hiburan terbabit turut menawarkan khidmat GRO untuk menemani pelanggan minum serta berhibur dan boleh dibawa untuk mengadakan hubungan seks di bilik berdekatan yang disediakan dengan kadar RM160,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khairi memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan berkenaan gagal menunjukkan lesen semasa serbuan dijalankan.
“Kami turut berjaya merampas wang tunai RM 10,136, buku resit urusniaga, kalungan bunga dan buku rekod pekerja serta salinan lesen perniagaan di dua premis terbabit.
“Kesemua mereka dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan 371B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 56(1) Akta Imigresen 1956/1963, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen, serta Enakmen Hiburan Negeri Selangor kerana tiada lesen hiburan,” ujarnya.