Search This Blog

Wednesday, November 4, 2015

Wanita didakwa berzina direjam hingga mati


Wanita didakwa berzina direjam hingga mati

4 NOVEMBER 2015
Wanita didakwa berzina direjam hingga mati Sedutan video yang tersebar di laman sosial

GHOR - AFGHANISTAN. Seorang wanita didakwa melarikan diri dari suaminya untuk bersama dengan lelaki lain dan berzina direjam sehingga mati, minggu lepas.

Menurut laporan CNN, video yang merakam aksi rejam melibatkan Rokshana, 19 juga tersebar di laman sosial.

Dalam video tersebut, Roshana dilihat berdiri di dalam sebuah lubang dan hanya menampakkan kepalanya.

Sekumpulan orang awam yang berada di sekeliling lubang tersebut kemudian mengutip batu dan merejam ke arah ROkshana sambil mangsa menjerit kesakitan.

Gabenor daerah Ghor, Seema Joyenda mengatakan bahawa Rokshana sebelum itu dikahwinkan secara paksa dan melarikan diri tidak lama kemudian.

Rokshana bersama pasangannya ditangkap dua hari kemudian dan pemimpin Taliban di kampungnya mengarahkan supaya wanita tersebut direjam atas tuduhan zina.

Kejadian yang menimpa Rokshana memburukkan persepsi orang luar mengenai keganasan terhadap wanita yang berlaku secara meluas di Afghanistan.

Awal tahun ini, seorang wanita dibunuh oleh sekumpulan orang awam atas dakwaan membakar Al-Quran.

Empat suspek lelaki kejadian tersebut kemudian dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah pada Mac.

No comments:

Post a Comment