Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Wanita cuba terjun Jambatan Pulau Pinang

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my


Georgetown: Wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak cuba terjun di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi apabila wanita berusia 47 tahun itu ditemui berada di tebing Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah Seberang Perai dan cuba untuk terjun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pegawai Bomba Kanan II, Saladdin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 Pagi.

Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak dan Perai bergegas ke lokasi kejadian dan terus memujuk wanita berkenaan.

"Mangsa berjaya diselamatkan dengan menangkap dari arah belakang dan diserahkan kepada Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk pemeriksaan.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 1:21 PM

WANITA yang cuba terjun diselamatkan anggota bomba. GAMBAR IHSAN BOMBA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92220#sthash.UuTh3gu2.dpuf

No comments:

Post a Comment