Search This Blog

Wednesday, November 18, 2015

Siasat jual vape perisa ganja



Penglibatan sindiket pengedaran dadah menghasilkan vape perisa ganja boleh memburukkan industri vape. – Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Penjualan cecair rokok elektronik atau vape perisa ganja kemungkinan didalangi sindiket pengedar dadah berikutan keuntungan lumayan yang mampu diraih daripada industri tersebut.
Dengan anggaran lebih satu juta pengguna vape, angka ini dilihat sebagai lubuk emas bagi sindiket pengedaran dadah untuk mengembangkan bisnes mereka.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, trend pengguna vape dalam kalangan anak-anak muda juga merupakan potensi yang baik kepada sindiket dadah.
Jelas beliau, sindiket tersebut dipercayai menghasilkan cecair vape perisa ganja bagi mempelbagaikan lagi pelanggan mereka dengan menyasarkan golongan berkenaan.
“Penghasilan vape perisa ganja ini salah satu cara baharu untuk mempengaruhi orang hisap dadah kerana ia sukar dikesan pihak berkuasa selain keuntungan yang besar.
“Pihak berkuasa harus bertindak pantas atasi perkara ini sebelum ia jadi lebih parah. Kita tidak mahu anak-anak muda jadi mangsa najis dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan, terdapat cecair perisa vape yang kini menjadi kegilaan ramai anak muda disahkan mengandungi dadah jenis ganja selepas sampel cecair rokok elektronik berkenaan diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3rnYdhqLI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment