Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Selamatkan diri dan ayah [VIDEO]

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan bersama bapanya terselamat selepas segera keluar dari kereta Mini Cooper yang hanyut dibawa arus deras banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang tadi.
Dalam kejadian 7.05 malam itu, pemandu Mini Cooper, Naimran Yunus, 37, dan bapanya berusia 62 tahun terpaksa lari meninggalkan kereta dinaiki sejauh kira-kira 50 meter ke tempat yang selamat.
Katanya, ketika kejadian, sebuah lori tangki yang berada di hadapannya turut terbabas akibat jalan licin ekoran jalan berkenaan sudah dipenuhi lumpur.
"Arus banjir lumpur yang turun dari bukit menolak kenderaan saya tersasar ke tepi jalan sebelum bahagian depan kereta termasuk ke dalam longkang.
"Bimbang arus banjir menjadi lebih deras, saya terus membawa bapa keluar dari kereta," katanya ketika ditemui, malam tadi.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu trak tunda petugas lebuh raya membantu mengeluarkan keretanya dari longkang dan bersyukur dia serta bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 2:44 AM


Naimran melihat keadaan keretanya yang dihanyutkan arus deras banjir lumpur. FOTO fardy Bungga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92344#sthash.x7IFEnhN.dpuf

No comments:

Post a Comment