Search This Blog

Saturday, November 14, 2015

Satu dulu, esok buka semua

Bentong: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka kepada semua kenderaan secara berperingkat bermula 2 petang, hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembukaan peringkat pertama membabitkan laluan satu lorong dua hala bagi membolehkan pengguna dari pantai timur ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke pantai timur.
Katanya, laluan kontra itu disediakan bermula di Kilometer 52.4 dan berakhir di Kilometer 50.
"Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka 2 petang esok," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, kelewatan untuk membuka semua lorong kedua- dua hala adalah kerana pihak konsesi lebuh raya dalam proses membaik pulih permukaan jalan akibat banjir lumpur.
"Semua pengguna diminta mematuhi papan tanda disediakan dan arahan daripada petugas di tapak.
"Pengguna juga diminta supaya berhati-hati ketika melalui lokasi aliran kontra berkenaan," katanya.
Fadillah berkata, pihak konsesi ANIH Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian setiap masa demi keselamatan pengguna.
"Pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pembukaan laluan ini, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 3:33 PM


FOTO Abdullah Yusof
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93059#sthash.5EK5DUuN.dpuf

No comments:

Post a Comment