Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Rusia yakin pesawat dibom


Rusia yakin pesawat dibom

11 NOVEMBER 2015
Rusia yakin pesawat dibom Pasukan penyiasat Mesir memeriksa serpihan bangkai pesawat Metro Jet yang terhempas di Sinai.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan Amerika Syarikat (AS) memintas komunikasi Rusia menunjukkan negara itu percaya bahawa pesawat yang terhempas di Semenanjung Sinai, 31 Oktober lalu, dan mengorbankan kesemua 224 penumpang telah dibom.

Pintasan itu adalah sebahagian daripada bahan bukti yang mendorong pegawai AS untuk mengesyaki terdapat bahan letupan ditanam dalam pesawat Metro Jet sejurus selepas Airbus A321 berlepas dari bandar Sharm al-Sheikh.

Setakat ini, Mesir dan Rusia masih belum mengumumkan punca nahas secara rasmi namun kedua-dua negara menolak dakwaan awal AS serta penilaian Britain minggu lalu yang mengatakan ia disebabkan serangan bom.

Menurut Reuters, beberapa hari selepas nahas, sumber kerajaan AS dan Britain memberitahu perbualan komunikasi yang di pintas menunjukkan pesawat dibom.

Kumpulan militan IS didakwa bertanggungjawab bagi nahas tersebut dan ia dianggap sebagai balas dendam kerana campur tangan ketenteraan Rusia dalam perang saudara di Syria.

No comments:

Post a Comment