Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Roti dan kek berterabur atas LPT2


RAIHAM MOHD SANUSI
Roti dan kek berterabur atas LPT2

12 NOVEMBER 2015
Roti dan kek berterabur atas LPT2 Lori sarat dengan muatan roti dan kek terbabas melanggar sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 267.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh hari ini.
Roti dan kek berterabur atas LPT2

KEMAMAN - Sebuah lori sarat dengan muatan roti dan kek terbabas melanggar sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 267.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Cheneh, di sini, menyebabkan kesemua muatan berterabur atas lebuh raya sejauh 10 meter.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi tadi ketika lori muatan roti dan kek dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menghantar bekalan roti dan kek ke Terengganu.

Insiden yang menggemparkan pengguna LPT2 itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa serta kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori muatan roti dan kek itu yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 39 tahun dan berada di lorong kanan secara tiba-tiba terbabas masuk ke lorong kiri lalu merempuh belakang lori jenis Inocom di depannya.

"Lori roti dan kek itu langgar bahagian belakang sebelah kanan lori Inocom yang tidak membawa muatan dan dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 30 tahun mengakibatkan muatan roti dan kek berterabur atas lebuh raya," katanya.

No comments:

Post a Comment