Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Pusat latihan polis Jordan diserang




REUTERS - RAJA Abdullah Jordan (dua dari kanan) melawat salah seorang mangsa yang cedera selepas kejadian tembakan di sebuah pusat latihan polis tajaan Amerika Syarikat di Amman kelmarin.


AMMAN – Seorang anggota polis Jordan menembak mati dua tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), seorang warga Afrika Selatan dan dua rakan sekerjanya di sebuah pusat latihan polis kelmarin sebelum dia ditembak mati, kata pihak berkuasa.
Jurucakap kerajaan, Mohammed Momani berkata, suspek turut mencederakan dua lagi tenaga pengajar dari AS, empat warga Jordan dan seorang warga Lebanon ketika serangan di Pusat Latihan Poplis Antarabangsa Jordan (JIPTC) itu.
Penyerang ditembak mati oleh rakan sekerjanya di JIPTC di daerah Al-Muwaqqar, 30 kilometer ke timur Amman, jelas Mohammed yang juga Menteri Penerangan dalam satu kenyataan akhbar.
Washington memaklumkan kedua-dua warga AS yang terbunuh itu merupakan kakitangan kontrak di JIPTC daripada syarikat swasta, DynCorp yang diupah Jabatan Negara AS untuk melatih anggota ke­selamatan Palestin.
“Kami mengambil serius terhadap apa yang berlaku dan kami akan be­kerjasama dengan pihak berkuasa Jordan untuk menyiasat apa yang berlaku,” kata Presiden AS, Barack Obama sebelum pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Satu sumber rapat dengan keluarga penyerang mengenal pasti suspek sebagai kapten polis, Anwar Abu Zeid.
JIPTC ditubuhkan untuk melatih beribu-ribu anggota polis Iraq, Pa­lestin dan Afghanistan, malah pada awal tahun ini, Jordan mengumumkan bekas pemberontak Libya juga akan dilatih di pusat latihan tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3r8JNrZap 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment