Search This Blog

Friday, November 6, 2015

Program FBI didakwa diskriminasi terhadap Muslim


Program FBI didakwa diskriminasi terhadap Muslim

4 NOVEMBER 2015
Program FBI didakwa diskriminasi terhadap Muslim Program antikeganasan itu dikhuatiri akan mencetuskan diskriminasi terhadap pelajar Islam.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) didakwa telah mereka program interaktif baharu kononnya untuk mengelakkan pelajar tertarik kepada keganasan dan fahaman radikal.

Bagaimanapun, program seperti satu permainan digelar Don't Be a Puppet (Jangan jadi boneka) yang mengajar pengguna untuk mengenal pasti mana-mana individu berpotensi menjadi ekstremis radikal itu dikhuatiri akan mencetuskan diskriminasi terhadap orang Islam.

Beberapa pemimpin Muslim di Amerika Syarikat (AS) turut melahirkan rasa ragu-ragu terhadap program tersebut yang didakwa berat sebelah kerana hanya menyasarkan orang Islam.

Sementara itu, Profesor Adjung di Fakulti Undang-undang di Universiti Georgetown, Arjun S Sethi menegaskan guru tidak sepatutnya menjadi 'medium' untuk meluaskan kuasa perundangan.
"Keganasan senjata api adalah ancaman sebenar kepada pelajar dan bukanlah ekstremisme," katanya.

Difahamkan, pelancaran program kontroversi tersebut dijadualkan kelmarin, namun ia terpaksa ditangguhkan atas sebab tidak dinyatakan.  - Press TV     

No comments:

Post a Comment