Mohamad Roy Suhaimi Sarif
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sariff berkata, wanita berusia lingku­ngan 32 tahun itu di tahan di Balai Polis Air Keroh, Melaka kira-kira pukul 10.30 malam semalam.
Menurut beliau, suspek yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan direman bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes ini.
“Kita akan menahan reman suspek sehingga Isnin ini. Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jumaat lalu, seorang kanak-kanak pe­­rempuan diperca­yai didera sehingga mening­gal dunia oleh bapa tirinya di sebuah kondominium di Wangsa Maju.
Susulan daripada itu, dua lelaki dan seorang wanita yang juga ibu kandung kanak-kanak perempuan terbabit ditahan.
Kesemua suspek yang berusia antara 28 dan 35 tahun ditahan selepas laporan awal mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan kecederaan pada kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain bahagian badannya mempunyai kesan lebam.