Menurut portal Mail Online, pemandu lori yang dikenali sebagai Xiao itu, memandu dengan laju ketika keluar dari terowong berkenaan selepas mendapati bahagian belakang kenderaannya terbakar.
The People’s Daily Online me­laporkan, Xiao terpaksa memandu laju sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata mahu mengelak lori tersebut terbakar dan meletup di dalam te­rowong berkenaan.
Katanya lagi, jika dia lambat berbuat demikian, lori tersebut akan meletup di dalam terowong, yang boleh menyebabkan stuktur itu runtuh.
Lelaki itu tidak cedera berkata, insiden kemungkinan berpunca daripada kegagalan brek yang menyebabkan tayar di bahagian belakang lori panas sebelum terbakar.
Katanya, lori itu baru menjalani pemeriksaan tahunan, bulan lepas.
Sementara itu, pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran, memuji tindakan berani Xiao yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi mengelak lori tersebut meletup di dalam terowong.