Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Pasangan kekasih ditemui mati di hotel


WARTAWAN SINAR HARIAN
mayat

12 NOVEMBER 2015
mayat Gambar hiasan
KLANG – Dua warga asing dipercayai sepasang kekasih ditemui mati di bilik sebuah hotel di Klang Sentral dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian disedari seorang petugas hotel tersebut yang curiga berikutan pasangan terbabit sepatutnya sudah melapor keluar.

Menurut sumber, kira-kira jam 1 petang, petugas hotel berusia lingkungan 20-an itu melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati dua mangsa masing-masing berada di bilik air dan atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa lelaki berada di bilik air manakala mangsa wanita terbaring di katil.

“Kedua-dua mangsa berusia 34 dan 32 tahun ditemui masih dalam keadaan berpakaian,” katanya.

Sumber berkata, semakan mendapati mangsa lelaki warga Nepal manakala wanita warga Bangladesh.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Fazidah Mohd Yusoff mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

No comments:

Post a Comment