Kejadian bermula apabila Nazreen, 28, bercuti selama dua minggu ke Pakistan bersama suaminya, Waseem Anwar Choudry pada Jun lalu, namun atas alasan pekerjaan, lelaki itu meminta isterinya pulang terlebih dahulu ke London.
Nazreen yang ditahan pada 28 Jun lalu mendakwa suaminya telah menghadiahkan semua pakaian itu kepadanya dan dia tidak mengesyaki apa-apa.
Waseem bagaimanapun ditahan enam minggu kemudian ketika menaiki kereta api dari Paris ke London selepas bersembunyi di Pakistan, lapor Mail Online.
Lelaki tersebut akhirnya mengaku menjahit dadah jenis heroine ke dalam lapan jenis pakaian iste­rinya.
Nazreen yang turut dibi­carakan, didapati tidak bersalah berkomplot dengan suaminya da­lam cubaan menyeludup dadah dan dibebaskan tanpa syarat, semalam.
Sementara itu, Wassem ber­depan dengan penjara lapan tahun oleh Mahkamah Isleworth Crown.