WARTAWAN SINAR HARIAN
Lelaki ditemui mati tergantung dalam rumah Orang ramai turut memenuhi perkarangan kediaman mangsa ketika polis sampai untuk membawa mayat mangsa ke hospital.
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Pulau Belacan, Panchor Kemumin di sini, pagi semalam.
Mangsa berusia 25 tahun ditemui orang awam yang ternampak keadaan mangsa dalam keadaan tergantung.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, dipercayai mangsa mempunyai masalah peribadi dan keluarga.
“Setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
No comments:
Post a Comment