Search This Blog

Friday, November 6, 2015

Lebih RM12,000 diperoleh hasil mengemis


Lebih RM12,000 diperoleh hasil mengemis

6 NOVEMBER 2015
Lebih RM12,000 diperoleh hasil mengemis Pengemis yang ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

RIYADH - ARAB SAUDI . Polis Saudi menahan seorang pengemis di hadapan sebuah hospital di sini dan terkejut apabila mendapati dia mampu meraih pendapatan lebih daripada SR11,000 (RM 12,611) sehari.

Polis menahan seorang lelaki yang duduk di sebelah pintu gerbang hospital kerajaan di bandar barat Taif susulan operasi mengurangkan pengemis yang diharamkan di Arab Saudi dan beberapa negara teluk yang lain.

Memetik laporan akhbar Sada, polis yang memeriksanya mendapati lelaki berkenaan memperoleh lebih SR11,000 pada hari tersebut malah mata wang asing juga turut ditemui di dalam poketnya.

Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara-negara Teluk  yang lain adalah pendatang asing dan akan segera dihantar pulang.

No comments:

Post a Comment