Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Kereta mewah tiada rekod


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kereta mewah tiada rekod

11 NOVEMBER 2015
Kereta mewah tiada rekod Polis melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal. - Foto Facebook Trafik KL

KUALA LUMPUR – Polis menahan sebuah kenderaan mewah dalam Ops Sepadu Roda di Jalan Bangsar kelmarin, selepas nombor pendaftaran kenderaan terbabit tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi bermula jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 12 tengah malam di Jalan Bangsar menuju pusat bandar  itu dengan kekuatan seramai 35 pegawai dan anggota terdiri daripada pasukan trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur serta sukarelawan polis.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nadzri Hussien berkata, semakan pada nombor casis kereta jenis BMW 520d itu mendapati bahawa kenderaan terbabit didaftarkan atas nombor pendaftaran hampir sama dengan nombor pendaftaran yang dipamerkan pada kereta.

“Susulan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 37 tahun mengikut Seksyen 28 (a) Akta Pengangkutan Jalan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, sebanyak 18 motosikal disita dan 188 saman pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurut Nadzri, daripada 188 saman di keluarkan, sebanyak 32 saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mematuhi peraturan, diikuti 29 saman atas kesalahan tiada cermin sisi.

“Saman turut dikeluarkan atas kesalahan tidak mempamerkan pelekat ‘P’ dan ‘L’ pada kenderaan selain tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta tidak memasang lampu kenderaan.

“Hasil ujian urin, seramai lima penunggang motosikal didapati positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen  45 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments:

Post a Comment