Search This Blog

Wednesday, November 18, 2015

Kereta api tergelincir, 20 maut, 100 cedera


Kereta api tergelincir, 20 maut, 100 cedera

17 NOVEMBER 2015
Kereta api tergelincir, 20 maut, 100 cedera Keadaan kereta api yang tergelincir dan mengorbankan 20 nyawa di Pakistan, hari ini.
QUETTA - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 20 maut dan lebih 100 penumpang cedera selepas sebuah kereta api tergelincir di Baluchistan, hari ini.

Menurut laporan Gulf News, kejadian berhampiran bandar Quetta berkenaan berlaku akibat kegagalan sistem brek kereta api selepas menuruni bukit.

Kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Rawalpindi ke Quetta.

Media tempatan melaporkan dua buah helikopter digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat dan menghantar mangsa ke hospital.

Anggota tentera juga dilaporkan menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang kebanyakannya terperangkap di bawah gerabak.

Difahamkan, kemalangan kereta api sering terjadi di Pakistan kerana landasan kereta api yang tidak dijaga dan tiada pelaburan baru.

Julai lepas, 17 penumpang maut selepas sebuah kereta api terjatuh ke dalam sebuah terusan akibat jambatan runtuh.

No comments:

Post a Comment