Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Kepala ditetak pencuri selepas enggan diam


tetak

12 NOVEMBER 2015
KUANTAN - Seorang lelaki warga emas menerima tujuh jahitan di kepala akibat ditetak dalam kejadian samun di Felda Keratong 4, Rompin dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mangsa berusia 65 tahun ditetak kerana tidak mengendahkan amaran empat pencuri yang masuk ke bilik tidurnya supaya tidak membuat bising.

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3.30 pagi itu, salah seorang suspek menutup muka dengan topeng dan bersenjatakan parang.

"Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan memotong empat batang besi tingkap nako rumah itu. Seorang anak mangsa berusia 23 tahun yang tidur di bilik berasing diikat sebelum mereka ke bilik mangsa," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Aidil Roneh berkata suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa dan melarikan wang tunai RM250 dan dua telefon bimbit.

"Apabila suspek tiada, mangsa keluar mendapatkan bantuan di rumah jirannya yang menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah," katanya.

Muhammad Aidil Roneh berkata keadaan mangsa kini stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun. - Bernama

No comments:

Post a Comment