Search This Blog

Friday, November 6, 2015

Kanak-kanak ditemui semula selepas 13 tahun


Julian Hernandez

6 NOVEMBER 2015
Julian Hernandez

ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 13 tahun lalu di Alabama akhirnya ditemui semula awal minggu lalu.

Julian Hernandez yang kini berusia 18 tahun tinggal bersama bapanya, Bobby Hernandez dengan menggunakan identiti yang berlainan.

Namun, perkara tersebut terbongkar apabila nombor keselamatan sosial yang dimilikinya tidak sah ketika membuat permohonan kemasukan ke kolej.

Dengan bantuan kaunselor sekolahnya, Julian mendapati identitinya disenaraikan sebagai kanak-kanak hilang.

Memetik laporan USA Today,  ibu Julian yang identitinya tidak didedahkan berasa bersyukur dan gembira dengan penemuan anaknya itu dan mengucapkan terima kasih di atas dia dan sokongan yang diberikan sepanjang kehilangan anaknya itu.

Sementara itu, Bobby Hernandez, 53, telah ditahan atas tuduhan penculikan kanak-kanak dan mencuri identiti.

No comments:

Post a Comment