Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Jet perniagaan rempuh bangunan di Ohio




SEORANG lelaki merakam gambar ketika anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku selepas sebuah pesawat melanggar bangunan pangsapuri di Akron, Ohio kelmarin.


AKRON, Ohio – Sebuah jet perniagaan yang menurut pemiliknya, membawa sembilan orang merempuh sebuah bangunan apartmen kelmarin dan menyebabkan perabot di kediaman sekitarnya bergegar akibat letupan kuat.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan bilangan penumpang dan kru di dalam pesawat itu tetapi mengesahkan sekurang-kurangnya dua kematian dengan tiada mangsa yang terselamat.
“Pasukan penyiasat berusaha untuk mengenal pasti bilangan penumpang dan kru yang dibawa jet 10 tempat duduk, Hawker H25 itu tetapi mengesahkan dua kematian pada awalnya.
“Tiada penghuni di dalam bangunan apartmen tersebut atau sebuah lagi kediaman yang terbakar,” kata jurucakap Jabatan Bomba Akron, Leftenan Sierjie Lash.
Pemilik pesawat itu, Augusto Lewkowicz pula berkata, dua juruterbang dan tujuh penumpang berada dalam penerbangan tersebut.
Jet itu yang berlepas dari Dayton, dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Akron Fulton, kira-kira 3.2 kilometer dari lokasi ia terhempas.
“Pesawat itu melanggar wayar utiliti semasa terbang rendah lalu terbakar dan berkecai selepas merempuh bangun­an apartmen itu.
“Jet itu kemudian me­langgar sebuah tembok berhampiran bangunan itu yang menyebabkan sebuah rumah lain turut terbakar,” kata pegawai polis Ohio, Leftenan Bill Haymaker.
Rempuhan menyebabkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat itu musnah. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3rEB58RVm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment