Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Ibu ditemui mati, polis tahan anak


SITI ZUBAIDAH MAT ISA
Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik

10 NOVEMBER 2015
Ibu maut cuba leraikan pergaduhan adik-beradik Keadaan dalam rumah mangsa ketika kejadian.
CHERAS - Seorang warga emas ditemui maut selepas pihak berkuasa memecah masuk rumahnya petang tadi.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa seorang warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat, berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal kejadian, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama rumah berkenaan membuatkan kejadian berkenaan di ketahui.

“Pintu rumah berkenaan berkunci memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut untuk memasuki premis itu dan mereka menemui tiga individu termasuk mangsa yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan lebam pada kedua belah mata dan mulut.

“Manakala bibir, mulut serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian itu, polis menahan dua anak kepada mangsa bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya cubaan membunuh diri.

Katanya, berdasarkan laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.

“Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan menemui tiga individu termasuk mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment