Search This Blog

Wednesday, November 25, 2015

Gempa 7.5 Landa Peru, Brazil


Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 12:01 PM

WASHINGTON: Gempa kuat 7.5 magnitud menggegarkan sempadan Peru dan Brazil di lembangan Amazon, awal pagi ini, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran awal dilaporkan berkekuatan 7.1 magnitud berpusat di 296 kilometer (km) di barat daya Bandaraya Puerto Maldonado.
Punca gegaran dikesan 602 kilometer di bawah bumi di kawasan yang hutan terpencil dan dijangka ia tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan yang besar.
Sementara itu, laporan menyebut gegaran dapat dirasai di beberapa bandar di Peru antaranya Cuzco, Tacna, Pucallpa dan Arequipa. Gegaran juga berlaku di beberapa bahagian di utara Chile, Argentina dan Bolivia, demikian lapor media tempatan, Rabu. - Reuters

No comments:

Post a Comment