Search This Blog

Thursday, November 19, 2015

Firma guaman Australia tuntut A$10,000 seunit daripada VW


SYDNEY: Firma guaman Maurice Blackburn berkata akan minta ganti rugi kira-kira A$10,000 (RM31,000) daripada Volkswagen AG bagi setiap satu daripada lebih 90,000 unit kenderaan syarikat itu di Australia yang dilengkap peranti pengurang keluaran asap.
Firma guaman itu berkata, ia sedia memfailkan saman berkumpulan di Mahkamah Persekutuan bagi pihak pemilik kenderaan Volkswagen, Audi dan Skoda di Australia. Syarikat guaman itu menjangkakan jumlah tuntutan keseluruhan akan bernilai lebih A$100 juta.
Volkswagen yang terpalit skandal berikutan dakwaan kereta diesel keluarannya dilengkapi peranti menipu jumlah keluaran asap terpaksa membuat panggilan balik serta berdepan beberapa saman berkumpulan. - Reuters

No comments:

Post a Comment