Sherif daerah Anderson, Greg Taylor berkata, kesemua mayat itu ditemui di kawasan terpencil di daerah Anderson, tenggara Dallas.
William Hudson, 33, ditahan atas dakwaan membunuh dan dikenakan ikat jamin sebanyak AS$2.5 juta. (RM10.5 juta).
Pihak berkuasa telah mengeluarkan beberapa maklumat mengenai jenayah itu, tetapi masih belum mendedahkan motif pembunuhan itu atau bagaimana keenam-enam orang itu dibunuh.
Pihak berkuasa juga belum mendedahkan identiti dan umur mangsa.
Mayat seorang lelaki dan seorang wanita ditemui pada Ahad lalu dalam sebuah treler milik seorang pengembara di sebuah tapak perkhemahan berdekatan kediaman suspek, menurut Pejabat Sherif daerah Anderson.
Empat lelaki yang pada mulanya dilaporkan hilang ditemui mati tengah hari Isnin lalu di sebuah kolam di atas tanah suspek. Seorang wanita dilaporkan selamat. - AP