Search This Blog

Monday, November 30, 2015

DUN Johor perlu luluskan pengharaman vape



KERAJAAN negeri Johor perlu membawa titah Sultan Johor mengenai pengharaman vape ke sidang DUN untuk dibahas, dilulus dan diwartakan sebelum ia boleh dijadikan satu rang undang-undang di negeri itu.


KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu membahas dan meluluskan larangan penggunaan rokok elektronik atau vape terlebih dahulu sebelum ia boleh dikuatkuasakan sebagai satu rang undang-undang di negeri itu.
Menurut Pensyarah Kolej Undang- Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Mohamad Faisol Keling, kerajaan negeri perlu membentuk satu perundangan baharu sekiranya mahu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengenai pengharaman vape menjadi satu peraturan.
“Negara ini hidup berlandaskan perundangan dan ia harus dituruti begitu juga dengan titah diraja. Bagaimanapun, untuk merealisasikan keberkesanan titah tersebut, kerajaan negeri harus membentuknya menjadi undang-undang.
“Titah Sultan Johor tersebut akan hilang begitu sahaja sekiranya ia tidak digazetkan sebagai satu perundangan negeri," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3svCI6ksR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment