Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Datuk parah ditetak penyamun


Ngariman mengalami kecederaan parah selepas ditetak penyamun di rumahnya di Benut, Pontian baru-baru ini.


PONTIAN – Seorang warga emas berusia 71 tahun terpaksa menerima 16 jahitan selepas kepala dan tangannya ditetak seorang penyamun yang memecah masuk kediamannya di Kampung Parit Markom, Benut di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi 6 November itu berlaku semasa mangsa, Ngariman Salih bersama isterinya, Tumirah Tamsiraj, 65, yang lumpuh separuh badan sedang ­nyenyak tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Katanya, kehadiran suspek yang dipercayai ma­suk ke rumah berkenaan melalui pintu belakang disedari pasangan warga emas terbabit selepas penjenayah berkenaan membuka lampu bilik tidur tersebut.
“Penjenayah yang bertopeng muka dan bersenjatakan parang itu kemudiannya me­n­garahkan Ngariman supaya menyerahkan barang kemas milik Tumirah namun warga emas berkenaan enggan menyebabkan dia ditetak berulang kali.
“Ngariman bermati-matian melawan namun mengalami kecederaan parah pada kepala, bahu dan pergelangan tangan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3r8HyUW1m 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment