Search This Blog

Wednesday, November 11, 2015

Dalang pemerdagangan manusia didakwa


Dalang pemerdagangan manusia didakwa

11 NOVEMBER 2015
Dalang pemerdagangan manusia didakwa Jeneral Manas Kongpan (tengah) antara mereka yang dihadapkan ke mahkamah Bangkok semalam. - Foto AFP

BANGKOK - THAILAND. Seorang pegawai tentera berpangkat jeneral antara 88 orang yang dihadapkan ke mahkamah Bangkok semalam, kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.

Jeneral Manas Kongpan didakwa menjadi individu penting dalam kegiatan pemerdagangan manusia melibatkan etnik Rohingya.

Selain, Manas sekurang-kurangnya empat lagi pegawai tentera didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut di samping beberapa tokoh perniagaan dan ahli politik.

Menurut Reuters, penangkapan mereka hasil tindakan tegas pihak berkuasa Thailand terhadap sindiket pemerdagangan manusia, susulan penemuan kubur mengandungi 30 mayat dekat sebuah kem pemerdagangan manusia di dalam hutan terpencil di kawasan sempadan Thailand-Malaysia pada Mei lalu.

Bagaimanapun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mempersoalkan komitmen Thailand untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia setelah seorang pegawai kanan polis yang menyiasat kegiatan itu meletak jawatan hujung minggu lalu.

Mejar Jeneral Paween Pongsirin yang mengetuai siasatan itu bertindak demikian setelah beliau hendak dipindahkan ke bahagian selatan Thailand.

No comments:

Post a Comment