Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Baling dilanda banjir kali kedua




Anggota bomba memindahkan mangsa banjir kali kedua di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling kelmarin.


BALING – Lebih 300 penduduk di sembilan buah kampung di daerah ini terjejas selepas rumah mereka ditenggelami banjir buat kali kedua akibat limpahan Sungai Ketil berikutan hujan lebat selama lebih dua jam petang kelmarin.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Surau, Kampung Baru, Kampung Tanjung, Kampung Sri Ketengga, Tanjung Pari, Kampung Lahar dan Kampung Bonggol Derum.
Daripada jumlah penduduk tersebut, sebanyak 130 penduduk daripada 130 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan.
Pusat pemindahan yang dibuka sehingga pukul 5.30 petang semalam ialah Dewan Risda Kampung Tanjung, Surau Kampung Sri Ketengga, Dewan Bonggol Derum, Dewan Rumah Mesra Rakyat, Dewan Charok Sikin dan Dewan Batu 48.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, banjir tersebut berlaku disebabkan hujan berterusan selama dua jam sejak pukul 6 petang kelmarin sehingga mengakibatkan air Su­ngai Ketil melimpah.
“Petang ini (semalam), berlaku hujan lebat di kawasan terlibat dan dijangka beberapa mangsa banjir yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana air semakin surut akan berpindah semula ke pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3rEANzDHg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment